Adakah Kafein Semasa Kehamilan Mempengaruhi Bayi Anda?Sebagai insan yang bakal bergelar ibu, anda perlu mengambil nutrien penting dengan secukupnya demi kekuatan badan anda sendiri dan juga bayi dalam kandungan. Satu bahan yang perlu dielakkan atau dihadkan dalam diet ialah kafein. Kebanyakan doktor mencadangkan pengambilan kafein dihadkan kepada tidak lebih 200 miligram atau secawan kopi sehari.1,2 (Ada ibu mengandung lebih sensitif kepada kafein daripada yang lain). Terdapat laporan bercanggah tentang sama ada terlalu banyak kafein boleh menyebabkan keguguran.2 Ambil kafein di bawah had yang disyorkan sehingga kesan sebenar terhadap perkembangan bayi dalam kandungan dapat dipastikan.

Kesan sampingan umum lain jika mengambil terlalu banyak kafein:2

  • Rasa gementar
  • Tekanan darah meningkat
  • Kadar degupan jantung lebih tinggi
  • Masalah penghadaman
  • Masalah tidur

Atas sebab-sebab di atas, adalah wajar jika anda mengehadkan pengambilan kopi, coklat dan produk berkafein lain semasa hamil.

 


 

Rujukan:
1
KidsHealth from Nemours: Adakah saya masih boleh minum kopi bila saya mengandung? http://kidshealth.org/parent/question/infants/preg_caffeine.html
2