Kalkulator kehamilan

Cukupkah sekadar menggunakan kalkulator kehamilan tanpa mengetahui perubahan fisiologi yang berlaku semasa anda hamil? Ketahui selanjutnya melalui artikel ini.

Kalkulator kehamilan dan perubahan fisiologi tubuh

Tanda utama kehamilan bagi wanita dengan haid yang teratur ialah apabila haid lewat lebih daripada seminggu1.

Setelah anda disahkan mengandung, kalkulator kehamilan boleh digunakan untuk mengetahui usia kandungan. Kalkulator kehamilan merupakan sejenis alat yang sangat mudah digunakan oleh para ibu atau pasangan. Alat ini bertujuan untuk memudahkan para ibu dan pasangan memahami usia kandungan dan perubahan yang bakal berlaku terhadap janin. Selain itu, dengan bantuan alat ini, para ibu turut boleh menjangka perubahan fisiologi yang bakal mereka hadapi selari dengan anggaran usia kandungan. 

Perubahan fisiologi boleh berlaku secara fizikal seperti perut membesar dan mengakibatkan sakit pinggang ketika hamil. Namun, ada juga perubahan yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar, contohnya perubahan paras hormon.

Pada kebiasaannya, perubahan fisiologi semasa mengandung ialah normal. Perubahan ini penting untuk membantu tumbesaran janin serta sebagai persediaan untuk bersalin.

Ayuh kita fahami perubahan pada tubuh ibu semasa awal kehamilan2:

Urat biru

Badan menghasilkan darah tambahan dan jantung mengepam dengan lebih laju untuk memenuhi keperluan semasa kehamilan. Ini menyebabkan salur darah atau urat biru pada anggota badan menjadi ketara2.

Denyutan nadi

Peningkatan jumlah darah turut mengakibatkan kadar denyutan nadi meningkat daripada biasa dan perubahan ini ialah normal3

Perubahan kulit

Hormon kehamilan boleh mengakibatkan kulit menjadi lebih berminyak dan menjadi penyebab kepada masalah jerawat2.

Usus 

Penguncupan otot dalam usus atau peristalsis yang berfungsi menggerakkan makanan melalui sistem penghadaman menjadi perlahan kerana tahap progesteron yang tinggi3. Kesan daripada perubahan ini, wanita mungkin akan mengalami masalah seperti pedih ulu hati3.

Kalkulator kehamilan

Perubahan saiz rahim

Bergantung kepada saiz sebelum kehamilan, anda mungkin tidak menyedari perubahan ini sehingga trimester kedua.

Anda juga boleh mengetahui perubahan saiz rahim dengan menggunakan kalkulator kehamilan.

Cecair faraj 

Keluar lendir berwarna putih dan nipis daripada faraj. Lendir ini ialah perkara biasa sepanjang kehamilan2.

Sakit pinggang ketika hamil: Normal atau sebaliknya?

Sakit pinggang semasa mengandung ialah normal dan biasanya berlaku semasa peringkat awal kehamilan4.

Hal ini demikian kerana ligamen badan menjadi lebih lembut dan meregang sebagai persediaan untuk bersalin.

Kepentingan mengetahui perubahan fisiologi melalui penggunaan kalkulator kehamilan

Kalkulator kehamilan

Trimester pertama kehamilan pasti menjadi pengalaman berharga yang tidak dapat dilupakan oleh semua ibu6

Kehamilan akan membawa minda dan badan melalui perubahan yang berterusan. Pada peringkat awal, badan akan menghasilkan jumlah hormon yang luar biasa. Kesannya ialah anda mungkin akan berasa letih, murung atau mengalami mood swings.

Dengan penggunaan kalkulator kehamilan, para ibu akan dapat memahami dengan lebih baik perubahan yang sedang dan akan mereka alami.

Selain itu, anda juga akan mengetahui cara-cara untuk menjaga diri sepanjang tempoh mengandung. Salah satu cara penjagaan diri ialah pengambilan susu untuk ibu hamil.

Kepentingan susu untuk ibu hamil

Menjaga janin di dalam rahim bukan perkara yang mudah. Oleh yang demikian, sangat penting untuk ibu hamil mengamalkan diet yang seimbang dan berkhasiat. 

Usaha bagi mendapatkan nutrien yang secukupnya bukan sahaja untuk memenuhi keperluan diri, malah penting untuk perkembangan janin di dalam kandungan.

Berita baik! Keperluan nutrien tersebut dapat dipenuhi dengan pengambilan susu untuk ibu hamil7. Di pasaran, terdapat susu yang membantu memenuhi lebih 90% keperluan asid folik, protein dan kalsium disyorkan oleh pakar.

Pemilihan susu yang dirumus secara saintifik dengan DHA dan juga kolina tertinggi amat disarankan semasa mengandung.

Bakal ibu dinasihatkan untuk memilih susu rendah lemak bagi mengawal peningkatan berat badan. Peningkatan berat badan secara berlebihan boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan yang lain.

Anda boleh memanfaatkan kalkulator kehamilan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai kandungan. Paling penting, di samping pemakanan yang seimbang, amalkan pengambilan susu untuk ibu hamil bagi memenuhi keperluan nutrisi. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda!

Sertai Enfamama A+ Club sekarang untuk mendapatkan lebih banyak tip, sampel PERCUMA serta beberapa manfaat menarik lain! Klik di sini.

 


Rujukan

  1. Pregnancy stages and changes. Diambil pada Ogos 8, 2022,  daripada https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/healthyliving/pregnancy-stages-and-changes
  2. Changes in Your Body During Pregnancy: First Trimester.  Diambil pada Ogos 8, 2022,  daripada https://familydoctor.org/changes-in-your-body-during-pregnancy-first-trimester/
  3. The First Trimester.  Diambil pada Ogos 8, 2022,  daripada https://www.stanfordchildrens.org/en/topic/default?id=first-trimester-85-P01218
  4. Back Pain During Pregnancy.  Diambil pada Ogos 8, 2022,  daripada https://www.cedars-sinai.org/health-library/diseases-and-conditions/b/back-pain-during-pregnancy.html
  5. Bleeding during pregnancy.  Diambil pada Ogos 8, 2022,  daripada https://www.pregnancybirthbaby.org.au/bleeding-during-pregnancy
  6. 1st trimester pregnancy: What to expect.  Diambil pada Ogos 8, 2022,  daripada https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/pregnancy-week-by-week/in-depth/pregnancy/art-20047208
  7. Diet During Pregnancy.  Diambil pada Ogos 8, 2022,  daripada https://americanpregnancy.org/healthy-pregnancy/pregnancy-health-wellness/diet-during-pregnancy/