Tanda hamil

Apabila terjadinya haid lewat, kita mungkin akan terfikir adakah itu mungkin tanda hamil atau tidak.1

Selain daripada petanda wanita lewat datang bulan, apa lagi cara lain untuk tahu sama ada hamil atau tidak? Jawapannya, ada banyak cara! Berikut tanda awal kehamilan yang semua orang perlu tahu!

 

Kaitan di antara haid & kehamilan

Jika anda sedang merancang kehamilan, pastinya debaran amat dirasai apabila semakin hampir waktu kitaran haid tiba.

Sesetengah wanita juga akan berdepan tanda awal kehamilan seperti kelesuan, bengkak payudara atau pening kepala.

Pun begitu, turut ada wanita yang tidak langsung mengalami sebarang tanda atau gejala di peringkat awal.2

Malangnya, tanda-tanda di atas bukan hanya gejala kehamilan sahaja. Sebaliknya, ia mungkin menandakan anda telah jatuh sakit atau haid akan bermula.

Jadi, apakah cara lain yang boleh dikenal pasti untuk membantu anda membuat penilaian sama ada mengandung atau tidak?

Sesungguhnya, ada banyak lagi gejala kehamilan lain yang boleh anda perhatikan pada diri selain daripada kedatangan haid yang lewat.3

 

Beberapa tanda hamil yang anda perlu tahu!

Kebanyakan wanita tidak sedar diri sedang hamil sehingga mereka tidak langsung didatangi haid. 

Sebenarnya, terdapat banyak tanda kehamilan yang anda mungkin tidak perasan termasuklah:

#1. Perubahan mood

Apabila hormon tubuh badan mengalami perubahan, emosi anda juga akan terjejas.4 

Ia adalah sesuatu yang normal terjadi sepanjang kehamilan dan boleh dianggap sebagai antara gejala mengandung yang sering dialami oleh wanita.

Namun jika anda bergelut dengan kemurungan atau kesedihan, rasa gelisah atau tertekan, anda dinasihatkan untuk melakukan pemeriksaan doktor.

#2. Tompokan darah

Tompokan darah ini turut dikenali sebagai pendarahan implantasi.4

Walaupun kedengaran seperti sesuatu kondisi berbahaya, tetapi tompokan darah yang terkeluar itu boleh menjadi tanda embrio telah tertanam pada lapisan rahim.

Selalunya, implantasi berlaku setelah beberapa hari proses persenyawaan terjadi.

Pendarahan implantasi tampak seperti titisan darah kecil atau keputihan faraj yang berwarna kecoklatan. 

Ia boleh bermula pada waktu biasa ketika awal haid dan berlangsung selama beberapa hari atau minggu.

Titisan darah itu juga ada kalanya membuatkan wanita beranggapan ia adalah tanda awal datang bulan tetapi bukan tanda hamil 1 minggu.4

#3. Kekejangan tubuh badan

Tanda hamil

Di peringkat awal kehamilan, anda mungkin mengalami kekejangan ringan ketika embrio melekat pada dinding rahim.

Kekejangan yang berlaku akan dirasai pada bahagian perut, pelvis atau kawasan pinggul bawah. Malah, ia mungkin dirasai seperti sensasi tarikan, tusukan atau kesemutan.5

Sesetengah wanita mengalami rasa kekejangan ringan yang sementara. 

Namun ada juga wanita akan berasa tidak selesa dengan kekejangan yang berlangsung untuk tempoh beberapa hari.

#4. Hidung tersumbat

Peningkatan tahap hormon dan darah boleh mengakibatkan bahagian selaput lendir pada hidung anda kering, bengkak lalu berdarah dengan mudah.6

Jadi, kehamilan juga mungkin adalah antara punca hidung berair atau tersumbat terjadi.

#5. Pendarahan hidung dan gusi

Tanda hamil

Ramai wanita yang mengalami pendarahan hidung atau gusi ketika mengandung. Ia merupakan tanda awal kehamilan yang jarang disedari.6

Seperti yang dinyatakan di atas, pendarahan berlaku disebabkan peningkatan tahap hormon dan darah

Apa yang agak membimbangkan, pendarahan boleh terjadi ketika sedang menggosok atau memflos gigi.

Tanda hamil #6. Rasa logam

Kebanyakan wanita juga menyatakan bahawa mereka mengalami rasa logam dalam mulut di peringkat awal kehamilan.4

Ia akan terasa seperti terdapat duit syiling di dalam mulut. Ini biasanya akan terjadi apabila anda mengambil makanan tertentu atau secara rawak sepanjang hari.

Tanda hamil #7. Sakit kepala

Selain daripada pendarahan hidung dan gusi sebagai tanda hamil, pakar percaya kesan daripada peningkatan hormon dan/atau pengaliran darah dalam badan juga boleh menyebabkan anda sakit kepala.4

#8. Mengidam atau hilang selera makan

Secara tiba-tiba sahaja. tubuh badan mungkin meningkatkan atau menghilangkan keinginan untuk makan makanan kegemaran anda sepanjang kehamilan.5

Keadaan tersebut mungkin akan berlangsung selama 9 bulan kehamilan atau boleh berubah bergantung individu.

#9. Keletihan tubuh badan

Tanda hamil

Ramai wanita turut mengakui berasa letih pada awal kehamilan akibat tubuh badan yang menghasilkan lebih banyak hormon progesteron.

Di samping itu, tubuh badan juga akan mengepam lebih banyak darah dalam usaha membawa nutrien ke janin.

Kebanyakan wanita mengandung berdepan rasa letih dan lesu seawal seminggu selepas persenyawaan terjadi.7

 

Jadi, apa yang para ibu boleh lakukan?

Melalui tanda awal kehamilan di atas, anda boleh menganggar bahawa diri sedang mengandung. 

Pun begitu, anda masih perlu melakukan ujian kehamilan dan menjalani pemeriksaan dengan doktor untuk memastikannya.

Apabila sudah sah ia memang benar tanda hamil, apa anda perlu buat? Jawapannya, anda perlu bersiap dan bersedia!

Selain mengamalkan gaya hidup sihat mengikut kemampuan tubuh anda sewaktu hamil, kehamilan turut memerlukan wanita untuk mengambil nutrisi secukupnya agar kandungan anda dapat membesar dengan baik.3

Caranya, anda perlu lebih banyak mengamalkan diet yang tinggi Docosahexaenoic Acid (DHA) untuk perkembangan otak si kecil di dalam kandungan.8

Di samping itu, jangan lupa untuk mengambil makanan, minuman atau suplemen dengan unsur Milk Fat Globule Membrane (MFGM) yang juga amat penting ketika mengandung.9

Untuk mendapatkan pelan lengkap tentang pemakanan ketika hamil, sila berjumpa dan berbincang dengan doktor.

 

Sertai Enfamama A+ Club sekarang untuk mendapatkan lebih banyak tip, sampel PERCUMA selain beberapa manfaat menarik lain! Klik di sini.

Sertai Enfamama A+ Club


Rujukan:
  1. I got my period very late. Should I take a pregnancy test? Can I take it on my period?, https://www.plannedparenthood.org/blog/i-got-my-period-very-late-should-i-take-a-pregnancy-test-can-i-take-it-on-my-period, Accessed July 3 2023.

  2. What is a Cryptic Pregnancy?, https://www.news-medical.net/health/What-is-a-Cryptic-Pregnancy.aspx, Accessed July 3 2023.

  3. 10 common health problems in pregnancy, https://www.tommys.org/pregnancy-information/im-pregnant/early-pregnancy/10-common-health-problems-in-pregnancy, Accessed July 3 2023.

  4. Am I Pregnant?, https://my.clevelandclinic.org/health/articles/9709-pregnancy-am-i-pregnant, Accessed July 3 2023.

  5. Early Signs of Pregnancy, https://americanpregnancy.org/pregnancy-symptoms/early-signs-of-pregnancy/, Accessed July 3 2023.

  6. Pregnancy Rhinitis: Relief for Ongoing Nasal Congestion Is Possible, https://www.nationwidechildrens.org/family-resources-education/family-resources-library/pregnancy-rhinitis-relief-for-ongoing-nasal-congestion-is-possible, Accessed July 3 2023.

  7. What are some common signs of pregnancy?, https://www.nichd.nih.gov/health/topics/pregnancy/conditioninfo/signs, Accessed July 3 2023.

  8. DHA and Pregnancy, https://nutritionfacts.org/audio/dha-and-pregnancy/, Accessed July 3 2023.

  9. Milk Fat: What the MFGM?, https://badgut.org/information-centre/a-z-digestive-topics/milk-fat-what-the-mfgm/, Accessed July 3 2023.